Tempat menarik di Ipoh selain Lost World of Tambun dan MAPS
Sebelum ini kalau sebut nak jalan-jalan ke Ipoh, ramai orang tahu nak ke Lost World of Tambun (yang telah dibuka sejak 2004) sahaja. Pada bulan Jun 2017 baru-baru ini, satu lagi taman tema iaitu Movie Animation Park Studios (MAPS) pula di buka kepada orang ramai. Kini, kedua-dua taman tema ini menjadi tarikan utama untuk berkunjung ke Ipoh. Selain daripada ke situ, di mana lagi tempat menarik lain di Ipoh? Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk dilawati bersama seisi keluarga atau rakan-rakan di sekitar Ipoh. Paling menarik tempat-tempat tersebut mengenakan bayaran yang rendah berbanding taman-taman tema dan ada juga yang percuma!
Ipoh Heritage Trail
![]() |
Bersama Anding di Jalan Panglima (Concubine Street) |
Pengunjung bandar Ipoh boleh berjalan kaki mengikuti Ipoh Heritage Trail untuk melawati kawasan warisan dan ikonik di sekitar Ipoh. Lawatan selama 2-3 jam ini akan membawa anda menyusuri bangunan-bangunan lama seperti Ipoh Townhall, Birch Memorial Clock Tower, Hong Kong & Shanghai Bank, Straits Trading Building, Mikasa Photo Studio dan Dramatist Hostels. Anda juga akan ke Jalan Panglima (Concubine Street) di mana terdapat banyak gerai makanan dan cenderamata di situ. Anda dicadangkan untuk ke Pusat Informasi Pelancongan Ipoh yang terletak di Jalan Bandar (bersebelahan Padang Ipoh) untuk mendapatkan peta Ipoh Heritage Trail secara percuma. Sambil melalui Heritage Trail ini juga, anda boleh melihat 8 wall mural Art of Oldtown http://www.ipoh-city.com/attraction/art_of_oldtown/ oleh Ernest Zacharevic di bangunan-bangunan sekeliling.
Memory Lane
Wall Art Mural berdekatan OldTown White Coffee, Padang Ipoh
![]() |
Gerai makanan dan cenderamata di Concubine Street |
Jika ada berada Ipoh pada hari Ahad, anda boleh berkunjung ke Memory Lane di Jalan Horley yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Tempat juga dikenali sebagai pasar karat atau Loken oleh orang tempatan sempena nama Bazar Lam Look King di Jalan Laksamana iaitu tapak asal sebelum dipindahkan ke tepi Sg Kinta dan sekaran ini di Jalan Horley. Terdapat pelbagai barangan lama yang klasik serta unik dijual pada harga berpatutan di situ sesuai untuk dijadikan koleksi atau perhiasan. Menyusuri pasar sepanjang 1.2km ini bagaikan melawat muzium outdoor dan mengembalikan nostalgia zaman dahulu. Jika anda menjumpai barangan yang anda suka, dinasihatkan supaya terus membelinya kerana barangan di situ sukar untuk dijumpai di tempat lain.
![]() |
Antara koleksi barangan yang dijual di Memory Lane |
Jika anda tidak tahan dengan cuaca di luar dan lebih suka untuk ke tempat tertutup, anda boleh ke Funtasy House Trick Art yang terletak di Jalan Market. Tempat ini sesuai kepada yang suka bergambar kerana terdapat lebih daripada 20 jenis lukisan 3D di situ. Ianya dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari minggu dan hingga 8 malam pada hujung minggu atau cuti umum. Harga tiket masuk untuk pemegang MyKad dewasa hanya RM15 dan kanak-kanak RM10. Boleh lawati www.funtasyhouse.com untuk maklumat lanjut.
![]() |
Lukisan-lukisan 3D di Funtasy House Trick Art |
Taman Rekreasi Gunung Lang
Satu lagi tempat rekreasi untuk seisi keluarga terdapat di Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Kawasan tasik yang dikelilingi Batu Kapur Kinta ini mempunyai tarikan seperti Taman Alam (Mini Petting Zoo) dan Taman Budaya selain daripada air terjun buatan kedua tertinggi di Malaysia serta kawasan perkhemahan. Pengujung boleh merasai pengalaman menaiki bot ke sana dengan kadar harga RM3 sahaja untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga tua.
Kampung Kacang Puteh
Tak sah sekiranya ke mana-mana tanpa membawa pulang buah tangan. Jika ke Ipoh, anda boleh ke Kampung Kacang Puteh di Buntong untuk membeli aneka jenis kacang putih. Muruku campur, pakoda, sivel, dal, aulu, poori, pakoda srilanka, omom, kadalai, kacang susu dan kerepek ubi adalah antara 50 jenis kacang putih yang dijual. Perusahaan kacang puteh ini diusahakan oleh lebih kurang 50 keluarga. TErdapat banyak kedai di sini dan semuanya menawarkan harga yang berpatutan.
Ini adalah hanya beberapa tempat menarik untuk dilawati di Ipoh dalam masa sehari. Untuk maklumat tempat-tempat menarik lain boleh lawati http://ipohtourism.mbi.gov.my/
![]() |
Air Terjun Buatan Kedua Tertinggi di Malaysia |
![]() |
Jeti |
![]() |
Taman Budaya |
![]() |
Taman Alam |
Tak sah sekiranya ke mana-mana tanpa membawa pulang buah tangan. Jika ke Ipoh, anda boleh ke Kampung Kacang Puteh di Buntong untuk membeli aneka jenis kacang putih. Muruku campur, pakoda, sivel, dal, aulu, poori, pakoda srilanka, omom, kadalai, kacang susu dan kerepek ubi adalah antara 50 jenis kacang putih yang dijual. Perusahaan kacang puteh ini diusahakan oleh lebih kurang 50 keluarga. TErdapat banyak kedai di sini dan semuanya menawarkan harga yang berpatutan.
![]() |
Aneka kacang Putih |
Rancang jalan-jalan ke Ipoh!
8.00 pagi : Memory Lane (Ahad sahaja)
9.00 pagi : Ipoh Heritage Trail
12.00 tengahari : Makan di sekitar Jalan Panglima
2.00 petang : Funtasy House Trick Art
4.00 petang : Taman Rekreasi Gunung Lang
6.00 petang : Kg Kacang Puteh
8.00 pagi : Memory Lane (Ahad sahaja)
9.00 pagi : Ipoh Heritage Trail
12.00 tengahari : Makan di sekitar Jalan Panglima
2.00 petang : Funtasy House Trick Art
4.00 petang : Taman Rekreasi Gunung Lang
6.00 petang : Kg Kacang Puteh
selamat datang ke Ipoh perak abam..
ReplyDeletekena repeat lagi trip ni
Delete