Jenama petrol terbaik dan paling menguntungkan di Malaysia

Apakah jenama petrol terbaik di Malaysia? Jenama mana yang paling menjimatkan dari segi penggunaan petrol dan paling menguntungkan dari segi jarak perjalanan?

Jaringan jalan raya di Malaysia semakin hari semakin baik dengan bertambahnya lebuhraya-lebuhraya baru. Antara lebuhraya utama yang menghubungkan destinasi di semenanjung adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Timur Barat. Di Sabah dan Sarawak pula, Lebuhraya Pan Borneo sedang dalam pembinaan. Dengan adanya lebuhraya-lebuhraya ini, senang la nak memandu melancong dalam negeri. Perkara penting bila memandu ialah untuk mengisi petrol kenderaan anda, jenama mana yang menjadi pillihan?

Jika dilihat, pam stesen atau stesen minyak yang banyak terdapat di lebuh raya ialah Petronas, Shell dan Petron. Sudah tentu jenama yang mudah didapati menjadi pilihan, jenama lain seperti BHP dan Caltex agak sukar dijumpai. Dari segi penggunaan petrol dan jarak perjalanan, pilihan jenama terbaik bergantung juga kepada jenis kereta. Hasil ujian mendapati tidak banyak beza antara semua jenama. Ada yang mengatakan jenama tempatan hanya menguntungkan kepada kereta tempatan. Ada juga ujian yang mengatakan jenama tertentu memberi penjimatan kepada kereta import.

Setiap jenama giat mempromosikan produk masing-masing dengan menawarkan mata ganjaran dan hadiah lumayan. Promosi yang ditawarkan juga menjadi faktor untuk membuat pilihan. Berikut adalah promosi yang sedang berjalan.
Isi petrol RM50 di PETRON dan dapatkan koleksi Avengers pada harga istimewa. Promosi sehingga 31 May 2018.
Isi petrol RM30 di SHELL dan leret kad BONUSLINK untuk berpeluang menangi 25 baucar pelancongan bernilai  RM50,000, 400 baucar Shell  bernilai RM40,000 dan 400 hadiah BonusLink  bernuilai 2,000,000 BonusLink Points. Promosi sehingga 30 April 2018.

Isi petrol RM30 di BHP dan leret kad ecard untuk peluang memenangi RM5000 setiap hari. Promosi sehingga 30 April 2018.



Promosi yang menawarkan hadiah paling lumayan buat masa ini adalah di PETRONAS. Jika ada membuat perjalanan jauh atau kerap mengisi petrol, jangan lupa untuk leretkan kad MESRA dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama RM50,000 sekiranya mengisi petrol berjumlah RM500 dalam masa 2 bulan. Untuk berpeluang memenangi hadiah bulanan, isi petrol RM30.
Perkara paling penting bagi mendapatkan hadiah promosi ini ialah untuk mendaftar sebagai pemegang kad loyalti yang digunakan di setiap pam stesen.
Shell : sila daftar kad Bonuslink- http://www.bonuslink.com.my/EN/MemberApplication.aspx
Mesra Petronas : boleh dapatkan terus kad di stesen Petronas  dan daftar di  https://www.mymesra.com.my/pmlp-register.aspx 
Petron : boleh dapatkan terus kad di stesen Petronas  dan daftar melalui SMS
BHP agak leceh, kena isi borang di kaunter dan pos.

Comments

Popular Posts