Get to know real Kuala Lumpur by cycle


Taklimat keselamatan sebelum kayuhan bermula.

Real Kuala Lumpur? Apa yang dikatakan real Kuala Lumpur? Penulis bersama rakan-rakan sekerja berpeluang untuk merasai pengalaman berbasikal di sekitar Kuala Lumpur bersama MikeBikes. Kayuhan selama lebih kurang 4 jam membawa kami menyusuri jalan-jalan yang tidak pernah kami lalui dan tidak pernah terfikir untuk kami lalui. Melalui kayuhan itu, kami dapat melihat corat coret dan warna warni kehidupan di Kuala Lumpur. Itulah real Kuala Lumpur!

MikeBikes menawarkan pakej berbasikal berpandu sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur bermula dari Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Terdapat 3 pakej yang ditawarkan iaitu, The Best of Kuala Lumpur Classic, Kuala Lumpur SUNSET and Night Tour dan Kuala Lumpur's Aunthentic Experience.. Semalam penulis berpeluang untuk menyertai pakej Kuala Lumpur SUNSET and Night Tour yang bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam. Dari MaTIC, kami dibawa berkayuh dalam satu barisan menggunakan laluan biru khas untuk basikal. Kami dibawa melalui Kg Baru, Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Masjid Jamek, River of Life, Petaling Street, Bukit Nenas dan KLCC. Sepanjang kayuhan, kami singgah di beberapa destinasi dan diberikan penerangan berkaitan sejarah dan tarikan tempat tersebut.

Berkayuh melalui Kg Baru memberikan pengalaman melihat suasana perkampungan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Kebanyakan rumah di sana masih mengekalkan rekabentuk asli rumah melayu. Dapat dilihat suasana permai desa apabila terdapat penduduk kampung sedang menyapu laman, memberi makan ternakan, mengambil baju di ampaian atau sedang melepaskan penat di pangkin. Terdapat dua persinggahan di Kg Baru. Pertama, di rumah biru yang terkenal untuk penggambaran, kampung berlatarbelakangkan bandaraya. Kedua, Masjid Jamek Kg Baru yang terkenal dengan bubur lambur sempena Ramadan.
Rumah Biru, Kg Baru.

Masjid Jamek Kg Baru.



Kayuhan seterusnya diteruskan melalui kawasan Chow Kit dan kami singgah melihat suasana hiruk pikuk di Pasar Chow Kit. Selain daripada barangan basah, sayur-sayuran dan buah-buahan, rupa-rupanya banyak lagi barangan lain yang terdapat di pasar ini. Kelihatan juga kanak-kanak berlari riang dan ada juga sedang asyik bermain sementara ibu bapa mereka mencari rezeki.

Pasar Chow Kit
 Seterusnya, kami dibawa melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Melalui jalan utama di Kuala Lumpur ini pada mulanya agak mendebarkan dan bimbangkan keselamatan. Walaubagaimanapun, pemandu pelancong dari MikeBikes memastikan keselamatan kami terjamin dengan panduan arah dan sentiasa membunyikan loceng dan wisel sebagai peringatan kepada kenderaan lain. Warna basikal dan penggunaan jaket keselamatan juga memainkan peranan penting kerana kumpulan kami dapat dilihat dari jauh lagi.

Persimpangan berhadapan Maju Junction

Masjid India
Hampir 2 jam perjalanan kami singgah di Dataran Merdeka berehat seketika menikmati sunset sebelum meneruskan kayuhan melalui River of Life, Petaling Street dan Bukit Nenas. Basikal yang disediakan oleh MikeBikes dilengkapi dengan lampu depan dan belakang bagi memberi penglihatan yang lebih jelas pada waktu malam.

Pandangan belakang Bangunan Sutan Abdul Samad
River of Life
Petaling Street

Akhir sekali, kami singgah bergambar di hadapan Menara KLCC sebelum menamatkan kayuhan di MaTiC.
KLCC
Sebenarnya, banyak perkara yang dapat kami lihat di sepanjang kayuhan ini. Kami melalui jalan-jalan antara rumah-rumah penduduk kampung, menyusuri jalan-jalan belakang rumah kedai dan jalan-jalan lain yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan lain selain berbasikal atau berjalan kaki. Pemandangan yang kami lihat itulah the real KL yang hanya boleh dilihat melalui pakej MikeBikes ini!

Pakej ini sememangnya sesuai kepada pelancong asing dan juga tempatan yang ingin melihat KL dari sudut yang berbeza. 

Berikut adalah info dari laman web MikeBikes
The development in Kuala Lumpur does not stand still, the urbanization is changing rapidly. Fortunately, there is still a hidden authentic Kuala Lumpur, where a melting pot of points of interest, local markets, smells and, last but not least, the kindness of the local people is to be found.
MikeBikes will take you on an unforgettable adventure. The bicycle is the ideal means to discover the real Kuala Lumpur. And who can better than the local guides tell you about the origins and culture of this fascinating world city? Private or do you prefer a group tour? It's all possible at MikeBikes!
The following tours are available:
During The BEST of Kuala Lumpur CLASSIC and the Kuala Lumpur SUNSET and NIGHT tour  you will see magnificent buidings, some of which are Unesco heritage. You will cycle through parts of the city that have been decisive for the current Kuala Lumpur.
Meanwhile the local guide will explain about the history of Kuala Lumpur. In the field of culture, you will get extensive impressions about the city. For example, the guide will lead you to the oldest Chinese temple in town. And the best is yet to come, you will experience places where there are almost no tourists at all.
Kuala Lumpur's Authentic Experience is our newest tour. Ideal for budget travellers who have limited time and yet wish to see city's oldest settlement and market that are bustling with activities. The guide will provide very practical and useful information to make your stay worthwhile.
 How do you book a tour?
  • Booking = make a reservation. In that case you are sure of a place.
  • Book date and tour via the calendar.
  • Book safe online, pay cash on the spot.
  • Payment at the start of the tour.
  • No booking costs.
  • It is important to be present 15 - 30 minutes before the start of the tour.

Where do you find MikeBikes?

Meeting point is in WOWKL restaurant in de MaTIC, Malaysian Tourism Centre, start and end of each tour. This location  is in The Golden Triangle, near The Petronas Twin Towers, in the middle of the city.

Good to know:

  • You will cycle at a modern Dutch bicycle with gears and roller brakes.
  • The cycles do have a basket in front to place a bag.
  • All tours are accompanied by one or two local guide(s).
  • You wear an orange safety vest during the tour.
  • Wearing a helmet is optional, but recommended.
  • At the start you will get a bottle of water.
  • You cycle with other guest()s) in a group tour.
  • The private tour consists solely of your chosen company plus guide.
  • Tours are for young and old people.
  • WOWKL is a restaurant in the MaTIC. Here is our meeting point.
 With your participation you are contributing to a cleaner environment and let the locals benefit!

Comments