Iftar@KL
Berbuka puasa
sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja!
Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. Melalui program seumpama ini, umat Islam digalakkan untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh berkat.
Setiap Sabtu dan Ahad pada tarikh 26&27
Mei, 2&3, 9 Jun (Malam 7 Likur diacarakan oleh DBKL) & 10 Jun 2018 di
Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).
Iftar@KL 2018 bertujuan
untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian
dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya dalam
kalangan generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran
aktiviti. Urus setia berusaha membawa Iftar@KL 2018 sebagai satu program keperluan pelancongan
secara islamik dan platform menjadikan
Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni dan Budaya di peringkat Antarabangsa.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. Melalui program seumpama ini, umat Islam digalakkan untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh berkat.
Melalui
program ini juga, pengunjung akan dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid terkenal
Tanah air iaitu Sharifah Khasif
Fadzillah Badiuzzaman, Kumpulan Hijjaz, UNIC, Raihan dan artis-artis nasyid yang lain manakala penceramah
terkenal akan dijemput untuk memeriahkan program sepanjang iftar@Kuala Lumpur
2018 berlangsung iaitu Sahibul
Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad
Al-Bakri, YBhg. Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, YBhg. Datuk Ustaz Kazim
Elias, YBhg. Dato’ Ustaz Badlishah Bin Alauddin, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah
Kamsah dan PU Azman.
Comments
Post a Comment