Blogger Asia Tenggara promosi Malaysia melalui media sosial

Tourism Malaysia buat kali kedua menganjurkan ASEAN Media Bloggers Tourism Hunt 2017 yang bermula pada 11 hingga 14 Julai 2017. Seramai 50 wakil media dan blogger daripada 10 negara Asia Tenggara menyertai acara ini. 


Media dan blogger Malaysia - foto oleh Siti Wahida
Bertemakan "Malaysia on Wheels" para peserta akan memandu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur ke Ipoh-Kuala Kangsar sempena Tahun Melawat Perak 2017 dan pulang ke Putrajaya. Para peserta juga akan menjadi antara pengunjung terawal ke Movie Animation Park Studios (MAPS) iaitu taman tema keluarga yang baru sahaja dibuka di Ipoh. Tempat-tempat menarik lain yang dikunjungi untuk dipromosikan ialah Dataran Merdeka, Tugu Negara, Homestay Kampung Labu Kubong dan Kraf Sazila Labu Sayong di Kuala Kangsar serta Putrajaya. Selain itu, keenakan makanan negara kita juga dipromosikan dan para peserta berpeluang untuk menikmati Sate Kajang Haji Samuri dan Nasi Vanggey di Ipoh.


Pelepasan oleh YB Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia di MaTiC Jalan Ampang - - foto oleh Siti Wahida


Baca siaran media oleh Tourism Malaysia BLOGGERS TO PROMOTE MALAYSIA VIA SOCIAL MEDIA 

Comments

Post a Comment