Dinosaurs alive in Kuala Lumpur
Bermula 14 Julai 2017 hingga Januari 2018 anda boleh bawa keluarga anda untuk melihat pameran Dinosaur Alive in Kuala Lumpur bertempat di Malaysia Tourism Centre, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Terdapat 40 spesis dinosaur dipamerkan bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Harga tiket masuk seperti berikut:
Tanpa MyKad - Dewasa RM75, Kanak-kanak (3-12 tahun) RM45, warga emas (60 tahun ke atas) RM50.
Pemegang MyKad pula - Dewasa RM50, Kanak-kanak (3-12 tahun) RM30, warga emas (60 tahun ke atas) RM40.
Warga kurang upaya RM25.
Kunjungan berkumpulan lebih 10 orang akan mendapat diskaun 10% dan rombongan sekolah lebih daripada 25 orang memperolehi harga istimewa RM25.
Pameran ini dianjurkan oleh The Creative Alliance and Dinosaur Touring. Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.dinosaursalive.asia/
Comments
Post a Comment