Iftar@KL
Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja! Setiap Sabtu dan Ahad pada tarikh 26&27 Mei, 2&3, 9 Jun (Malam 7 Likur diacarakan oleh DBKL) & 10 Jun 2018 di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). Iftar@KL 2018 bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti. Urus setia ber usaha membawa Iftar@KL 2018 sebagai satu program keperluan pelancongan secara islamik dan platform menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni dan Budaya di peringkat Antarabangsa. Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. Melalui program seumpama ini,...