Siapa kata tak berbaloi nak ke MAPS Perak?

Ramai yang dah tahu Malaysia Animation Park Studios (MAPS) telah dibuka di Ipoh Perak bermula Jun 2017 yang lalu. Ada sesetengah review mengatakan tak berbaloi untuk berkunjung ke sana. Nak tahu betul atau tidak kenala berkunjung ke sana sendiri.

Sementara 20th Century Fox World Genting masih dalam pembinaan, pembukaan MAPS menambah pilihan kepada kita untuk jalan-jalan selain ke taman tema sedia ada seperti di LEGOLAND (2012), Escape Penang (2012), The Lost World of Tambun (2000), Bukit Gambang Resort City, A Famosa (1996) dan Sunway Lagoon (1993). Setiap taman tema mempunyai keunikannya yang tersendiri dan tarikan yang berbeza.


Legoland Malaysia merupakan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia dan juga merupakan taman tema Legoland pertama di Asia dan keenam di dunia. Escape di Pulau Pinang pula merupakan taman tema di utara yang menggabungkan aktiviti outdoor seperti flying fox, wall climbing, rope course dan water park. Manakala, The Lost World of Tambun mempunyai tarikan berbeza iaitu Tin Valley dan Hot Spring disamping turut mempunyai amusement park, water park, extreme park dan wildlife park seperti di Sunway Lagoon. Bezanya di Sunway Lagoon terdapat tarikan lain iaitu Asia 1st Nickelodeon Themed Land dan Scream Park. Taman tema lain yang menggabungkan waterpark dan eco/safari park ialah seperti di Bukit Gambang Resort City, A Famosa dan Bukit Merah Resort.

MAPS mempunyai keunikan tersendiri dan tarikan yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan taman-taman tema lain yang terdapat di Malaysia. Taman tema ini tidak boleh dibandingkan dengan taman tema lain yang lebih kepada tarikan waterpark dan eco/safari park. Taman tema animasi pertama di Asia ini lebih kepada tarikan berunsurkan siri kartun-kartun animasi tempatan dan antarabangsa yang terkenal seperti Casper, the Croods, Mr Peabody & Sherman, The Smurfs dan animasi tempatan iaitu BoBoiBoy. Boleh dikatakan MAPS adalah seumpama dengan Universal Studios Singapore (USS), bezanya USS mengadaptasi tarikan berdasarkan filem oleh Universal Studios.

MAPS mempuyai 6 zon tema iaitu Animation Square Zone, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone dan Fantasy Forest Zone. Terdapat 25 tarikan yang boleh dicuba sesuai untuk seisi keluarga.  Dukacitanya Dream Zone masih belum dibuka hingga kini. Walau bagaimana pun, dengan 5 zon yang telah dibuka ini pun pengunjung akan menghabiskan masa hampir seharian di sini.

Animation Square Zone

Starport, Blast Off Zone

The Smurf Theatre, Blast Off Zone

Kredit foto oleh Eddy Rush Fatboy

Pengunjung boleh menemui Boboiboy, Gopal, Ying dan Yaya di Animation Square Zone. Jangan lepaskan juga peluang menyaksikan pengembaraan mereka di 4D Adventure Theatre. Jika terasa haus atau lapar boleh ke Tok Aba Kokotiam! Tarikan utama di Blast Off Zone pula ialah siri animasi The Smurfs dan pengunjung boleh berinterasi dengan watak Papa Smurf di The Smurf Theatre. Bagi pengunjung yang sukakan cabaran, boleh menaiki tarikan di Lakeside Zone iaitu Space Explorers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Bagai gugur jantung dibuatnya! Bagi pengunjung yang membawa kanak-kanak, zon yang akan digemari oleh mereka ialah Fantasy Forest Zone.

Space X-Plorers, Lakeside Zone
Tarikan yang tidak boleh dilepaskan dan wajib jika berkunjung ke MAPS ialah menyaksikan persembahan aksi lagak ngeri yang diadakan secara langsung pertama kalinya di Asia Tenggara. Pertunjukan tersebut diadakan pada setiap jam 3.00 petang di Stunt Legends Arena di Live Action Zone. Agak berdebar juga apabila menyaksikan aksi drift oleh pelagak ngeri tempatan dan antarabangsa. Tonton video South East Asia's First Live Stunt Show

Stunt Legends Arena, Live Action Zone
Harga tiket masuk MAPS untuk dewasa hanyalah RM144 dan kanak-kanak/warga emas RM 114. Untuk makluman, harga tiket masuk USS untuk dewasa ialah SGD76 dan kanak-kanak SGD56. Manakala harga tiket masuk ke LEGOLAND pula ialah RM149 untuk dewasa dan RM119 untuk kanak-kanak.

Berbaloi atau tidak untuk berkungjung ke MAPS terpulang pada peminat taman tema. MAPS baru sahaja berusia 6 bulan selepas dibuka pada Jun 2017 yang lalu. Sudah tentu masih banyak lagi yang boleh dipertingkatkan dari segi layanan dan kemudahan.

MAPS terletak di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya (GPS : Latitud 4.664521 Longitud 101.083926). Hanya 4 minit dari Terminal Bus Amanjaya, 15 minit dari Stesen Keretapi Ipoh dan 20 minit dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Hotel terdekat ialah Casuariana Hotel Meru, hanya 3 minit ke MAPS.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati www.mapsperak.com atau laman FB MAPS

Comments

  1. mantap abam idol.. diminta besarkan gambar sedikit thehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment