MITA Travel Fair - bukan sebarang Travel Fair

Pada hujung minggu ini, 19 hingga 21 Januari 2018 (Jumaat -Ahad) akan berlangsungnya MITA Travel Fair di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) , KL iaitu di sebelah Bangunan Martrade Jalan Duta. Pameran pelancongan ini dibuka dari jam 10 pagi hingga ke 9 malam. Masuk adalah PERCUMA.



Apa beza MITA Travel Fair dengan pameran pelancongan lain seperti MATTA Fair? MITA Travel Fair 2018 dianjurkan oleh MITA iaitu Malaysia Inbound Travel Association. Tahun ini merupakan penganjuran tahun ke-3 dan diadakan selama 3 hari ini. Terdapat lebih 1,000 gerai pameran dengan sasaran 75,000 pengunjung. MITA Travel Fair menumpukan pelancongan dalam negara berbanding MATTA Fair yang menggabungkan jualan pakej percutian luar negara.

Apa yang menarik di MITA Travel Fair?

1.  Malaysia Food Festival akan menghidangkan menu Speciality dari lebih 10 negeri dari seluruh Malaysia. MAEPS akan menawarkan Shell Out dengan harga murah giler




2. 10 Negeri di Malaysia mempamerkan  destinasi terbaru di negeri masing masing

3. Air Asia menawarkan sehingga 70% Diskaun tiket penerbangan



4. Rm8 Crazy Deals untuk di rebut

5. Pendaftaran secara digital, menangi iPhone X


6. Road To Agrotourism Talk Show bersama dengan TV Personaliti , Tengku Maria Sabri

Selain itu, terdapat juga pengisian lain antaranya Motorsport Tourism Show, Homestay Pavilion, Miss World Tourism Finalist Appearance, kehadiran artis seperti Izue Islam, Haqiem Rosli dan Nabila Razali. Hot FM juga akan mengadakan siaran luar pada hari Sabtu, 20 Januari 2018 dari jam 2 hingga 6 petang.


Bagaimana nak ke sana? Bagi yang memandu boleh waze MITEC dan bagi yang ini menaiki pengankutan awam boleh menaiki shuttle bus yang disediakan.



Untuk info Lanjut MITA Travel Fair 2018 boleh klik pautan di bawah


Comments