The Haven Ipoh, Haven on Earth
Bila melihat kepada gambar di bawah, ramai yang bertanya, di mana? Cantiknya! Tak terbayang ada kolam infiniti dengan latar belakang tasik dan hutan batu kapur sebegini.
Bagi yang belum tahu, jika ingin merasai seronoknya berenang di kolam ini perlulah menginap di The Haven Resort Hotel, Ipoh All Suites yang terletak di Ipoh Perak. Hotel mewah bertaraf lima bintang ini mungkin merupakan satunya hotel yang dikelilingi hutan yang terletak berdekatan dengan bandar. Hotel ini menyediakan penginapan jenis apartment bermula dari 1 bilik hingga ke 3 bilik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain.
Kadar harga hotel mewah ni sebenarnya tidaklah mahal sangat. Bermula pada harga promosi RM380, pasangan berbulan madu sudah boleh menginap di sini. Harga bagi apartment 3 bilik sekitar RM1088 dan boleh didiami 6 orang dewasa. Jika dibahagikan kepada 2 pasangan atau keluarga, hanya sekitar RM360 untuk sebilik.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.thehavenresorts.com/
Comments
Post a Comment