Tahu tak di Gopeng terdapat ladang teh seluas 300 ekar? Tak perlu memandu mendaki ke Cameron Highland untuk melihat pemandangan ladang dan membeli pelbagai jenis ramuan teh. Uniknya ladang teh di situ bukanlah seperti ladang teh di Cameron yang berasakan pokok teh tetapi pokok gaharu!
Gaharu Tea Valley Gopeng mempunyai tarikan yang berbeza jika dibandingkan dengan ladang teh di Cameron Highland. Setibanya di sana, pengunjung dapat melihat The Great Wall of Gopeng yang menyerupai The Great Wall of China. Tembok setinggi 3 meter dan selebar 6 kaki ini dibina untuk melindungi ladang daripada diceroboh oleh haiwan liar disamping menjadi tarikan untuk pengunjung bergambar. Pengunjung yang ingin melawat ladang teh ini boleh menaiki HOGA tour dan akan di bawa ke beberapa tempat iaitu Viewing Stage, Hugging Park, Lovers Park dan akhir sekali singgah di HOGA Outlet & Deli.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHxS_I-GP_KnBpO_7zUEs0iAujvCBTczTHVkPkOmCCeKBihrYzUQS4sWHsM3eCPZKDhyphenhyphenvwOqIMg4eBedzwp1m9ylTYk-JljvSwuWnUesyaC8Lt9_NaFPiYzIHlT30mUk5SR42_XJigV4o/s400/20171218_093409.jpg) |
The Great Wall Of Gopeng |
Pengunjung boleh melihat pemandangan seluruh ladang apabila berada di Viewing Stage. Dari situ juga, pengungjung boleh melihat pokok gaharu yang paling tua iaitu berusia 25 tahun. Di Hugging Park pula, terdapat 'Tree painting' memberi peluang pengunjung untuk bergambar memeluk pokok gaharu! Seterusnya di Lover's Park terdapat sepasang pokok tua yang bercantum seakan berpelukan. Penduduk tempatan memanggilnya "Lover Trees". Akhir sekali, pengunjung akan ke HOGA Outlet & Deli dan boleh membeli produk penjagaan kesihatan berasakan gaharu. Pengujung juga boleh merasai ais krim dan teh HOGA.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3DeC9NWxMzhiVFtfmsIxEVArtkid4ueKqtPswDB4ptrU5mlU8SChOzFIBXTNaizVIJkE3mMHckct1SNDGD-eHpiMjKr6_W4ZLghbXor_6uLvvSTCx7zjIm2Ecvu9-XhJHYkYWREuaODY/s400/20171218_095838_Richtone%2528HDR%2529.jpg) |
Pemandangan dari Viewing Stage |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5fiippojRiLQ49n9j8YeZA7JalITYFX_lIp3bq7rJFGluNQtkWEoG4q3nACD5N5RYeQdRyo75QxUYRJS34PVJmDTxKs50RAqPzyWpFQPv9pT6s0HvBBNVw8rXBnLql26lE1zSe3cdC00/s400/20171218_102500.jpg) |
Hugging Park |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKc8eC0dCVyfEyAyCP8qE8to-mpDPMrokmbvHvWvQmN5aGticI5-3cGNNMDGHxNJis3gkBQcf0MjlXRP_vUuUg8I3iAKa5ga7HK3ovGrTWJFeprXU-_RuzCobzreT9ECpR4nXKCHn4LJU/s400/20171218_103735.jpg) |
Lovers Tree |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQTUb1LFvR_8T__N-6lxuVz0GXom6qXF7lcpsLuWEOkx5T3dTaS3CKQbw2kw-ZOUZj-Xp0MeoiY4f4jGLwwzt_bE1KI5mUVcm-0RlY8SmOMD9NVBRlhZ1JmNYedNGNd41g93rRj6YoZyM/s400/20171218_094211.jpg) |
HOGA Outlet |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsS48W_x1yYg-ZiRkA20S4M6GY0H1e33gJcdpMllu5eeuTAZFSi4448XvgTyVUX9A87gcBHy5NhkskASvydtBXX3msq2rYCGh-wxM-sVvmXfKdpVL8GpoSSgEUG2X9SCpxKIzhJ-EwEuI/s400/20171218_094109.jpg) |
HOGA Deli |
Gaharu juga dikenali sebagai Agarwood, Eaglewood atau Aloeswood mempunyai khasiat perubatan secara tradisional. Antaranya ialah meningkatkan pengaliran darah, menguatkan jantung, mencuci saluran darah, awet muda dan lain-lain. HOGA adalah singkatan kepada 'Holistic Gaharu'. Produk yang dihasilkan daripada HOGA antaranya ialah HOGA Tea, HOGA Indulgence Tea, HOGA Beauty Bar, HOGA Instant Noodle, HOGA Burner Set dan HOGA Gaharu Oil.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgr0xnVZwu9zOHoSDHPrHj27bWZMZLlN5MnVTCb48juq8s0lCeS2-0-rPRG_8T3E_FzOsTRiEK6JmmDrKdE_0qp8_WiBFmKtzurtpY1UzxOui1949uetSd5gW8h2xqK9WKGl1grzb3k_kQ/s400/20171218_105028.jpg) |
HOGA Instant Noodle |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw8QChewx3Z5vILVFkBTeiwhdS-bAfjvjgJrK3EVZay8VtveLzCnBV7WCidQ4rNMlbIByvu1180xMujUhVLxaJcjBmhiot0ih7q-WhKKTnoE0UN3rTyewNOcQ6yxtXjEIh2fxVrWf0qWA/s400/20171218_105319.jpg) |
HOGA Gaharu Wood dan HOGA Gaharu Oil |
Gaharu Tea Valley terletak di Gopeng (GPS; N 4.4592828 E 101.19292), 2.5km dari Bas Stesen Gopeng. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kadar harga HOGA Ride ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.hoga.my
Comments
Post a Comment